Monday, 29 June 2015

Tanda-tanda Kanser Usus (Bahagian II)

Sebelum kita kenali tanda-tanda kanser usus, ingatlah bahawa kanser usus mempunyai peluang yang tinggi iaitu setinggi 90% untuk disembuhkan sekiranya dikesan pada peringkat awal.

Tanda-tanda Kanser Usus 

Kanser usus boleh terjadi tanpa gejala yang jelas tetapi ada beberapa tanda yang perlu diberi perhatian terutama  apabila anda mengalami masalah untuk buang air besar. 
Antara gejala kanser usus ialah:

* Kerap buang air tetapi tetap rasa tidak puas.

* Alami masalah sembelit dan cirit-birit berselang-seli.

* Najis bercampur dengan darah.

* Najis berwarna kehitaman (akibat kehadiran darah). Warna najis menunjukkan lokasi pendarahan dalam usus. Jika darah itu merah dan terang bermakna pendarahan berlaku pada bahagian hujung usus yang berdekatan dengan rektum. Najis yang kehitaman menunjukkan pendarahan berlaku pada pertengahan atau pangkal usus (dekat dengan apendiks).

* Perubahan pada bentuk najis (sama ada menjadi semakin kecil atau nipis).

* Perut rasa memulas.

* Terasa asyik hendak buang air besar (walaupun sebenarnya tidak perlu).

* Perut rasa tidak selesa (sama ada senak, sakit atau kembung).

* Muntah.

* Hilang selera makan.

* Berat badan turun tanpa sebab.

* Kerap penat.

* Pada keadaan serius, pesakit mungkin tidak boleh buang air.



Golongan berisiko mengidap kanser usus
Ada banyak faktor risiko boleh mendedahkan seseorang kepada penyakit ini seperti:

* Umur. Golongan berumur 50 tahun ke atas lebih berisiko dan lebih 90 peratus kes kanser usus di negara kita membabitkan warga emas.

* Sejarah keluarga. Individu yang mempunyai ahli keluarga mendapat kanser usus lebih berisiko untuk mendapat penyakit ini berbanding orang lain.

* Sejarah diri yang pernah menghidap kanser. Wanita yang pernah menghidap kanser lain seperti payudara, ovari atau uterus berisiko mendapat kanser usus.

* Pemakanan. Pemakanan yang kaya lemak, banyak daging dan terlalu kurang serat adalah faktor utama yang meningkatkan risiko diserang kanser usus.

* Rokok. Selain menjadi penyebab kepada banyak jenis kanser lain ialah asap rokok. Kajian menunjukkan perokok mempunyai risiko 30 hingga 40 peratus menghidap kanser usus berbanding bukan perokok.

* Obesiti. Individu obes berisiko tinggi mendapat kanser usus.

* Alkohol. Ada penyelidik mengatakan terlalu banyak minuman keras boleh meningkatkan risiko kanser usus.

* Kurang bersenam.



credit to: http://anizyn.blogspot.com/



No comments:

Post a Comment