Salam Ramadhan semua...
Semenjak 2 bulan ini, kami kerap dikunjungi oleh ahli keluarga dan pesakit kanser usus. Kebanyakkannya datang untuk mengamalkan Sari AgeGard merupakan pesakit kanser usus tahap 2 dan 4. Ada kes yang masih baru diketahui dan ada pula yang sel kanser telah merebak ke bahagian lain. Terima kasih kepada mereka kerana mempercayai Primadona Utara. Alhamdulillah...hasil pengambilan Sari AgeGard, konsultasi dan semangat yang kami berikan, ramai pesakit Kanser usus semakin pulih dengan izin Allah.
Jadi, hari ini kami akan berkongsi info penting mengenai Kanser Usus. Jangan ambil mudah jika pernah berdepan situasi atau simptom Kanser Usus. Berdasarkan pengalaman dari pesakit, pembunuh kanser ini dapat dikesan ketika sudah berada di tahap yang teruk. Sebab itu, ilmu kesedaran mengenai kanser dan langkah pencegahan amat penting.
Di negara kita, menurut Pendaftaran Kanser Kebangsaan Malaysia, kanser usus atau kolon (juga kadangkala dipanggil kolorektal) adalah kanser kedua paling lazim menyebabkan kematian dengan anggaran 3,500 kes baru setahun.
Di kalangan wanita, kanser usus berada di tangga ketiga selepas kanser payudara dan serviks.
Di kalangan wanita, kanser usus berada di tangga ketiga selepas kanser payudara dan serviks.
Kanser paling kerap berlaku di kalangan kaum lelaki.
Peratusan kanser usus pada lelaki dan wanita semakin meningkat di kalangan individu berumur 50 tahun ke atas. Kebanyakkan pelanggan Primadona Utara datang membeli Sari Age Gard untuk ibu dan bapa mereka.
Kanser usus adalah merujuk kepada kanser yang bermula dalam usus (180 sentimeter atau enam kaki pertama usus besar). Di sinilah makanan kita bertukar menjadi najis dan ia akan digerakkan ke arah rektum. Rektum ialah bahagian 15 sentimeter atau enam inci terakhir usus besar yang berakhir dengan dubur.
Usus dan rektum adalah sebahagian daripada sistem pencernaan yang bertugas mengasingkan nutrien daripada makanan dan menyimpan bahan sisa sehingga ia dikeluarkan daripada badan sebagai najis.
Punca sebenar kanser usus dikaitankan dengan tabiat pemakanan dan gaya hidup seseorang.
Jika mengalami simptom darah keluar dari dubur ketika buang air besar. Sama ada darah itu berwarna merah atau hitam dan bercampur najis, atau semata-mata darah yang keluar dari dubur, ia petanda utama seseorang itu berisiko menghidap kanser usus besar.
No comments:
Post a Comment