Menurut data yang dikeluarkan oleh Pemantauan Penyakit Tidak Berjangkit (NCD) Malaysia 2005/2006, faktor risiko NCD yang jelas, seperti hiperkolesterolemia, kenaikan glukosa darah, obesiti (kegemukan) dan sebagainya adalah lebih tinggi di kalangan wanita berusia 25 hingga 64 tahun berbanding lelaki dalam kumpulan usia yang sama.
Menurut Pakar Perunding Kardiologi, Datuk Dr. Khoo Kah Lin, yang juga Pengarah Yayasan Jantung Malaysia (YJM), penyakit jantung adalah pembunuh nombor satu di kalangan wanita di Malaysia dan di seluruh dunia sejak berpuluh-puluh tahun lamanya.
"Penyakit jantung sentiasa dianggap sebagai penyakit lelaki kerana kaum lelaki mendapat penyakit ini 10 tahun sebelum wanita.
"Wanita dilindungi daripada penyakit jantung oleh tahap estrogen yang tinggi. Bagaimanapun, ini tidak bermakna wanita 'imun' atau lali kepada penyakit ini, jelasnya
========================================================================
Tips Diet Untuk Jantung Yang Sihat
* Elakkan makanan bergoreng dan makanan yang diproses sepenuhnya seperti daging-daging deli
* Cari makanan rendah lemak dan kolesterol
* Ambil enam ke tujuh hidangan harian sayur-sayuran
* Makan hidangan segar yang dibuat sendiri berbanding dengan makanan yang diproses.
* Tambah anti oksidan dalam diet makanan harian anda seperti memakan buah-buahan sitrus, beri biru dan rempah ratus seperti kunyit.
* Hadkan pengambilan daging merah hanya kepada dua ke tiga hidangan sahaja dalam seminggu.
* Banyakkan makan ayam segar dan ikan seperti ikan salmon, kod, mackerel dan sardin yang membekalkan asid lemak Omega 3 yang sihat untuk jantung.
========================================================================
Ada banyak pilihan samada kita nak menjaga jantung kita atau membiarkan sahaja jantung kita bekerja dengan keras. Antara perkara yang mudah dilakukan adalah mengubah suai pemakanan seharian bagi mengurangkan risiko diserang penyakit jantung. Ada beberapa jenis makanan yang bermanfaat untuk kesihatan jantung. Makanan terbaik untuk jantung kita ialah
Ikan
Antara pilihan yang baik salmon. Ikan adalah sumber asid lemak Omega-3yang baik ia melindungi jantung dengan mengurangkan radang dan risiko pembekuan darah. Lemak ini juga membantu untuk mengekalkan paras kolesterol pada kadar yang menyihatkan. Selain salmon, pilihan lain termasuk ikan laut yang berminyak seperti ikan tuna, sardin atau hering dengan pengambilan sekurang-kurangnya dua kali seminggu. Untuk lebih sihat, panggang salmon dan makan dengan sayur.
Oat
Bijirin oat mengandungi serat larut dipanggil beta glucan yang membantu mengurangkan paras keseluruhan kolesterol termasuk kolesterol termasukkolesterol LDL. Serat yang boleh larut juga membantu sistem penghadaman kekal sihat. Jika sukar menikmati bijirin oat begitu sahaja, campuran oat bersama susu rendah lemak atau susu soya kemudian campurkannya dengan hirisan buah-buahan segar.
Epal
Epal mengandungi sejenis bahan iaitu quercetin yang bertindak sebagai anti radang dan membantu mencegah pembekuan darah. Ia juga mengandung vitamin dan serat. malah bertambah sedap apabila dijadikan snek ringan. Anda juga boleh menambah hirisan epal dalam masakan. Epal membantu untuk mengurangkan sehingga 50 peratus risiko penyakit jantung jika pengambilannya dilakukan secara berterusan misalnya, dua biji epal atau 12aun jus epal sehari.
Untuk pemilihan buah epal, perlu lebih berhati-hati disebabkan pencemaran buah epal baru-baru semasa entri ini ditulis, anda boleh google berkenaan kes ini.
Soya
Protein soya adalah sumber yang baik untuk menggantikan daging merah apatah lagi ia terbukti dapat membantu mencegah penyakit jantung.
Bijirin Penuh
Bijirin penuh mempunyai banyak vitamin dan serat yang membuatkan jantung kekal sihat. Jika anda penggemar roti, pilihlah roti yang dihasilkan daripada bijirin penuh.
Tomato
Tomato baik untuk kesihatan jantung kerana ia kaya dengan vitamindan lycopene yang terbukti membantu untuk mengurangkan risiko penyakit jantung. Rasanya yang masam-masam manis boleh ditambah pada sandwich dan mungkin anda boleh tambahkan sos tomato dalam masakan anda.
Sayuran Berdaun Hijau
Sayuran berdaun hijau bukan sahaja mengandungi Vitamin E, malah ia turut dikaitkan dengan keupayaan daya ingatan apabila kita meningkat tua. Sayuran berdaun hijau yang paling mudah ulam-ulaman.
Minyak Zaitun
Minyak zaitun yang mengandungi kandungan lemak tidak tepu sehingga 77 peratus membantu untuk mengurangkan risiko penyakit jantung dengan menurunkan paras kolesterol LDL.
Badam
Badam dan jenis kacang lain mengandungi minyak menyihatkan, Vitamin Edan bahan lain yang membantu mngekalkan paras kolesterol, ia juga sumber yang baik untuk protein dan serat.
========================================================================
Sari AgeGard merupakan PENYELAMAT terbaik MERAWAT PENYAKIT JANTUNG. SARI AGE GARD bukan produk untuk kaum wanita sahaja. Kami mempunyai ramai pesakit lelaki yang telah mengakui kehebatannya dan kesannya sehingga ada pelanggan kami merupakan seorang penjawat awam dari kelantan berjaya daripada tidak membuat by pass jantung kerana diselamatkan oleh produk ini.Datang lah ke Kedai Primadona Utara (Stokis Negeri Kedah) di tingkat 2, Sp Plaza, 08000 Sungai Petani @ hubungi kami di 012-4828542.
Kredit to: www.utusan.com.my & www.blossommommy.blogspot.com
No comments:
Post a Comment