Tuesday, 5 August 2014

Bahaya Hamil Anggur

HAMIL ANGGUR... BAHAYA.



Pakar Runding Obstetrik dan Ginekologi, Pusat Perubatan Kelana Jaya, Petaling Jaya, Dr. Dharmini Veerakumaran berkata, kehamilan anggur ialah hamil yang tidak menjadi di mana uri dan janin tidak membentuk dengan betul dan bayi tidak berkembang sebaliknya menjadi tisu seperti anggur.

"Pada peringkat awal wanita yang mengalami kandungan anggur akan menunjukkan tanda-tanda kehamilan yang melampau seperti muntah teruk dan akhirnya mengalami pendarahan dan gejala-gejala lain yang menunjukkan sesuatu yang tidak kena," katanya semasa ditemui di pejabatnya baru-baru ini.

Kehamilan anggur boleh menjejaskan kesihatan wanita dan mempunyai implikasi jangka masa panjang yang serius jika tidak mendapat rawatan segera dan pemantauan berkala. Dr. Dharmini berkata, kehamilan anggur berlaku kira-kira 1 dalam 1,500 kehamilan. Biasanya wanita hamil berumur di bawah umur 20 atau lebih 35 tahun, pernah keguguran, pernah hamil anggur dan kajian terkini mendapati wanita yang kekurangan Vitamin A (karoten) lebih cenderung mendapat kehamilan anggur.

Kehamilan anggur berlaku apabila terdapat masalah dengan maklumat genetik yang terletak di kromosom dalam telur tersenyawa. Semasa kehamilan biasa, telur disenyawakan mengandungi 23 kromosom daripada bapa dan 23 daripada ibu. Dalam kehamilan anggur, terdapat kelainan di mana pembahagian sel tidak berlaku dengan sempurna.






TANDA / GEJALA HAMIL ANGGUR

* Pendarahan dalam faraj
* Loya dan muntah yang luar biasa
* Sakit tiriod akibat hormon berlebihan
* Tiada degupan jantung atau tiada janin
* Hormon HCG yang tinggi
* Rahim yang membesar dengan cepat
* Keluar tisu yang serupa anggur dari faraj
* Darah tinggi sebelum usia kandungan minggu ke 24
* Ultrasounds menunjukkan "snow-storm effect" dalam rahim

GOLONGAN BERISIKO MENDAPAT HAMIL ANGGUR
* Wanita hamil berumur di bawah umur 20 atau lebih 35 tahun
* Pernah keguguran
* Pernah hamil anggur
* Wanita yang kekurangan Vitamin A (karoten)

BAGAIMANA HAMIL ANGGUR DIRAWAT

* Jika doktor mengesyaki kehamilan anggur, prosedur menyedut dalam untuk membuang sebanyak mungkin tisu-tisu abnormal yang terdapat dalam rahim.
* Hysterectomy, membuang rahim mungkin menjadi satu pilihan untuk wanita yang lebih tua  yang tidak mahu anak pada masa hadapan.
* Wanita akan dinasihatkan untuk mengelak hamil selama 6-12 bulan selepas rawatan

========================================================================
Rawat & Atasi Hamil Anggur dengan Sari Age Gard. Produk yang diformulasi untuk mengaktifkan sel induk tubuh dan terbukti merawat masalah kesihatan yang dialami. Mengandungi kebaikan ekstrak sel induk Epal Swiss dan Greengage Plum serta bahan Amygdalin daripada 3 sumber : biji aprikot, biji anggur & prun.